O R G A N I S A S I K A N D U N G
A N
Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang
iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta
mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut
disusun berasaskan kepada empat standard
kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan
apresiasi seni. Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan
pengajaran berasaskan standard pembelajaran.
STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat
persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada
alam ciptaan Tuhan, objek buatan
manusia, dan karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI
Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan
pengetahuan, kefahaman, dan bahasa seni
visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF
Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan
penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu
yang lain, kehidupan, dan kerjaya.
maklumat yang bernas,terima kasih kerana berkongsi.
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi maklumat yang bermanfaat.
ReplyDeleteA knowledgeable blog, thanks for sharing.
ReplyDeletenice blog ^^
ReplyDeleteBlog yang menarik^^
ReplyDelete