FOKUS MATA PELAJARAN
Tumpuan mata pelajaran ini merangkumi empat aspek
utama iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian
secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, yang merangkumi
pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan terperinci untuk menajamkan persepsi
murid. Selain itu, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain dalam membantu
perkembangan emosi dan imaginasi melalui
kajian perbandingan. Faktor ini, dapat membantu pemahaman murid tentang
asas seni visual dalam membuat pemerhatian terhadap alam benda dan alam semula
jadi secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Umumnya secara keseluruhan
kegiatan ini akan dapat membantu murid menyelaraskan idea, imaginasi, dan alam
fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
b. Interaksi
yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. Apresiasi
seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberikan
pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid
terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa-apa yang dilihat dari
aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh
dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan,
dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan
mereka.
d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan