Contoh Hasilan


 MENGGAMBAR



1. Lukisan
Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ).
Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel, pen marker dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa menggunakan warna atau warna yang terhad.











2. Catan
Proses menyapu warna atau cat di atas sesuatu permukaan rata.






3. Kolaj
Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Kolaj berasal dari perkataan Perancis yang iaitu 'coller' yang bermaksud menampal dan gam. Aktiviti  kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah kegiatan menampal kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu permukaan







4. Montaj


Menampal dan melekatkan potongan gambar-gambar tertentu pada suatu permukaan untuk menghasilkan sesuatu tema.
Imej/gambar disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.












MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


1. Capan

Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.
Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.
Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut.


Contoh:








2. LIPATAN DAN GUNTINGAN


Merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak.

Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan dan menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain.

Menghasilkan corak positif dan negatif.

Contoh hasilan : 






3. Renjisan dan Percikan

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, pencikan atau tiupan.

Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.

contoh hasilan:





MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Mobail

Arca mobail lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana sifatnya yang tergantung dan bergerak.

Arca mobail mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dikomersilkan.
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak





2. Boneka

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak, lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapatdijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan dialogwatak sama-adamenerusidialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang .







3. Topeng 


Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan kepala.







MENGENAL KRAF TRADISIONAL

1. Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
  






2. Alat Pertahanan Diri

Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu.





3. Alat Perhiasan Diri

Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian. Masyarakat Melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan masyarakat Melayu hingga kini. Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.






8 comments:

  1. Wah...penerangan yang sangat menjelas, gambar-gambar juga sangat cantik dan menarik.

    ReplyDelete
  2. Syabas, Cikgu Kong! Teruskan usaha. ^^

    ReplyDelete
  3. Contoh yang baik dan menarik.Syabas!

    ReplyDelete
  4. Matlumat yang berguna kepada guru mengajar seni.

    ReplyDelete
  5. Jiakalau kita mempunyai kemahiran dalam bidang seni, sudah pasti kita berasa seronok untuk mengajar murid-nurid kita dalam mata pelajaran ini. Teruskan usaha cikgu...

    ReplyDelete
  6. bagus..boleh menjadi sebagai rujukan saya,,tq sooo much!

    ReplyDelete